Sejarah
PADU
Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM ditubuhkan secara protemp pada tahun 1986 dan secara sah pada tahun1988. Logo pertama Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM direka oleh seorang doktor dari Sabah, Dr. Aini manakala perlembagaan persatuan hasil usaha Dr. Abdul Shukor Abdul Hamid (batch pertama). Presiden pertama ialah Dr. Jafri Malin Abdullah, Setiausaha oleh Dr. Abdul Shukor Abd. Hamid dan jawatan Bendahari dipegang oleh Dr. Abd. Razif Abd. Razak. Atas sebab-sebab tertentu, persatuan ini terpaksa dibubarkan pada tahun 1989. Persatuan Alumni ditubuhkan semula pada tahun 1993 Mesyuarat pertama penubuhan persatuan adalah pada 17 Mei 1993 oleh 10 orang AJK penaja. Logo baru digunakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, sekali lagi persatuan terpaksa dibubarkan oleh Pendaftar pertubuhan. Persatuan ditubuhkan semula pada tahun 1995 dengan nama Persatuan Alumni Perubatan USM '94 (PAPUSMA) yang kemudiannya ditukarkan kepada Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) dengan logo yang baru. Logo ini direka oleh Dr. Zulkifli Rashid (Pakar Orthopedik, Sauthern Melaka Medical Centre). Mesyuarat Agung pertama persatuan diadakan dibilik Jabatan Pendidikan Perubatan. Mesyuarat kedua, Dekad Sepuluh tahun diadakan pada tahun 1996 di Jabatan Pendidikan Perubatan dengan dihadiri oleh wakil-wakil negeri dan ahli-ahli daripada Kelantan, Terengganu dan Pahang. Turut hadir Pengarah Kampus USM Cawangan Kelantan, Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslani selaku Penaung, Dekan, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan dan juga pensyarah-pensyarah PPSP. Kini, PADU dengan bangganya meneruskan usaha menjejak ke dunia perubatan dan masyarakat untuk menjayakan aktivitinya.
|
|